Assalamualaikum...Lama dah tak update blog ye. Kebelakangan ni sibuk sangat2. Sementelah pula broadband ni lembap macam siput. Itu yang membuatkan mood untuk update blog jatuh merudum. Nak tukar kepada Streamix la lepas ni. Dulu dah pakai tapi Encik abang tukar broadband sebab ada masalah talian. Nak pergi tukar tu pun tak ada masa lagi. Abih tu camno haa....hehehe. Oklah nanti kalau ada masa MJ update ye. Terima kasih kepada semua yang sudi singgah di shout box dan yang memberi komen. Wassalam.
Monday, July 11, 2011
Friday, May 20, 2011
Friday, May 6, 2011
Nasi ayam berempah
Assalamualaikum....ni menu last week ni. Kalo ada yg nk cuba blhla check resepinya di www.tiffinbiru.com. Alah blog CIK MAT GEBU la sapa lagi...hehehe. Memang menjadila ayam berempahnya. Thanks CMG.
Sunday, April 3, 2011
Cendawan busut
Thanks Mat sbb gambar tu sebenarnya agak blur tp lps guna teknik tu colour bright sikit ...hehehe.
Bahan2
1. Cendawan busut direndam dan dbersihkan. Kemudian dibelah 2.
2. Sedikit bawang merah dihiris.
3. 5-6 ulas bawang putih. (bawang putih lebih drp bawang merah)
4. 2-3 sb sos tiram
5. Sedikit lada hitam ditumbuk.
6. 2 biji cili api dihiris.
Cara2
Tumis bawang merah, bawang putih dan cili api hingga harum. Kemudian masukkan cendawan. Masak seketika tetapi jgn terlalu layu. Masukkan sos tiram dan lada hitam. untuk mengekalkan rasa cendawan saya tak letak garam pn. terpulang pd citarasa masing2la.
Sunday, March 27, 2011
Menu hari ni
Asslamualaikum....Hari ni lauk biasa2 aje. Hari2 lain pn sama...tkde yg luar biasa lauk2 sy ni....hehehe. Anyway lauk biasa2 nilah kegemaran suami dan anak2. Rasanya itu lg penting kan. Gambar masakan tk menarik kan. Sorryla nk cpt sbb masing2 dh kebulur. Kerang tu resepi arwah bonda. Selalunya dicecah dgn sos cili campur kicap dan hirisan bawang tp kali ni sy buat air asam. Ok check out the recipe ya.
Cendawan sos tiram
1. 1 paket cendawan shitake dihiris
2. 1 paket cendawan butang dibelah dua
3. 1-2 ulas bawang merah dihiris
4. 5-6 ulas bawang putih didadu
5. 2-3 sm sos tiram
6. Sedikit lada hitam
Cara2
Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga harum. Masukkan cendawan butang dan masak seketika. Masukkan cendawan shitake diikuti dgn sos tiram dan lada hitam. Jika perlu masukkan sedikit garam. Tutup kuali 1-2 minit dan kemudian bolehla diangkat.
Kerang rebus
1. 1 kilo kerang dicuci bersih
2. 1-2 ulas bawang merah dipotong 4
3. 2-3 ulas bawang putih dititik
4. 2 inch halia dihiris lebar
5. 1 batang serai
6. 1 asam keping
7. 1 helai daun kunyit disiat
8. Garam secukupnya
9. Air secukupnya
10. 1 sk minyak
Cara2nya
Masukkan semua bahan2 dan rebus sehingga kerang terbuka. Tujuan letak minyak ialah spy kerang mudah dikopek. Sedap dicecah dgn sos atau air asam.
Tenggiri masak sos
1. 1 potong ikan tenggiri
2. 3 ulas bawang merah dihiris
3. 4 ulas bawang putih dihiris
4. 5-6 sm sos cili
5. 2 sk kicap masin
6. 1 helai daun kunyit diracik halus
7. Sedikit air
Cara2
Ikan tenggiri diletak garam dan serbuk kunyit kemudian digoreng hingga masak tp jgn terlalu garing.
Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga harum.
Masukkan sos dan kicap.
Masukkan sedikit air dan masak seketika sehingga kuah jadi pekat.
Masukkan daun kunyit...kacau dan bolehla diangkat. Tak perlu letak garam lagi kerana sos dan kicap dah cukup masinnya...tp terpulang pd citarasa masing2.
Saturday, March 19, 2011
Ayam dgn bay leaves
Asslmkm....Resepi ni rekaan semata2...hehehe. Memandangkn bay leaves ada byk lg lebih so apa slhnya kita ltk dlm mskn kn. Bay leaves ni bkn sj blh digunakan utk mskn western tp jg sesuai utk mskn kpg. Sy slalu ltk dlm sup memang bau mskn tu harum je. Ada kelainanla skt. Sy ni memasak main agak2 je...so bhn2 tu agak2 jela ye. Kalau nk pekat blh jg letak bancuhan tepung jagung.
Bhn2
1. 200-300g isi ayam
2. 1-2 labu bawang besar/bawang Holland didadu
3. 2 inc. halia dihiris nipis
4. 4-5 ulas bawang putih didadu kecil
5. 1/2 biji capsicum merah dan hijau didadu besar
6. 2 helai bay leaves
7. 1-2 sk lada hitam
8. 2-3 sudu sos cili
9. sedikit kicap cair.
Cara2
1. Letak garam dan kunyit pd ayam dan goreng seketika dgn sedikit minyak.
2. Angkat ayam dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
3. Masukkan bay leaves.
4. Masukkan ayam tadi.
5. Masukkan cili sos, lada hitam dan kicap beserta dgn sedikit air. Masak hingga ayam empuk.
6. Masukkan capsicum dan biar masak seketika.
7. Perasakan garam dan bolehla diangkat.

Friday, March 18, 2011
Asam pedas/Asam rebus
Asslamualaikum.....Hari ni nk tunjuk satu lg resepi yg arwah bonda ajarkan. Sblm mengenali dunia luar, inilah asam pedas yg sy tau. Tp bila dah bekerja dan slalu belek2 majalah rupanya di selatan tanahair ini dipanggil asam rebus. Asam pedas pula cili yg ditumis tu. Tk kesahla kn...hehehe. Resepinya sgt2 simple sampaikan ada org kata ini lauk org pemalas. Hello!...mkck org malas tk msk ok.Waah! Emo kjp....kihkih. Ada lg satu asam pedas/asam rebus yg diajar oleh arwah ibu saudara....rasa sdp sgt teringat2 sampai skrg. Nnt di kesempatan lain sy tunjukkan ye.
Bahan2:
1. 2 ekor ikan temenung/kembong
2. 2-3 biji cili merah
3. 3 ulas bawang merah
4. 2 ulas bawang putih
5. 1 btg serai dititik
6. 1-2 asam keping
7. Air secukupnya
8. Garam secukup rasa
Cara2
Bahan no. 2,3 dan 4 ditumbuk. Sediakan periuk dan masukkan air serta bahan2 lain kecuali ikan. Bila air rebusan mendidih bolehla masukkan ikan. Rebus lagi sehingg ikan masak....lg lama lg sedap. Api jgn terlalu kuat. Perasakan asam garamnya dan bolehla dihidang. Sedap dimakan panas2. Sy suka hirup kuahnya...hehehe.

Tuesday, March 15, 2011
Dulu malu skrg dh tak....
Saya belajar memasak ni dari masa sekolah rendah lagi. Most recipes of course lah dari arwah bonda sendiri. Yg lain2 tu ada diajar oleh kakak2, sedara mara dan kawan2. Favourite saya n kakak, Sinah ialah sambal tumis...tak kiralah sambal apa pun. Recipe sambal telur ni tak ingat bila discovernya. One thing yg saya ingat ialah dulu malu nak mengaku recipe ni sebab...yela pd hemat saya kalu sambal telur, telurnya mestilah digoreng dulu.....hehehe. Takut dikata anak dara pemalas plak kn. Lagi pn saya diajar recipe sambal telur goreng. Maksudnya telur tu digoreng mata kerbau dulu.
Kalau musim kenduri kn dpt banyak telur rebus....haaa....arwah bonda ajar buat sambal telur tu plk tp telur rebus tu goreng dulu jadi bhgn luarnya garing sikit. Sebab itulah saya menganggap recipe mudah ni untuk org malas macam saya je...hihihi. Yela kan senang je tu....main campak n lebur je telurnya. Apa yang mengubah persepsi saya ialah apabila saya membaca URTV thn tk ingt. Kalau nak tau inilah antara kegemaran arwah Sudirman Hj Arshad. Tak pasti plk samada bahan2nya sama atau tidak. Yang paling best Mat Gebu pn ada post menu ini di blognya....hehehe. So skrg dah tk malu lg sbb org yg serajin Mat Gebu pn suka menu ni.
Skrg ni dh kawen dan beranak-pinak...tk sempat nak rasa malu...maklum sibuk sgt ngalahkan menteri...heheh. Bagi saya yg penting keluarga dapat makan air tangan saya sendiri. So rasanya tak payahla bagi recipe ye...sbb sama aje cuma bahan utama aje lain. Mat Gebu siap bagi tau telur gred apa...spy mskn ni mnjadi. Yg nk mncuba blhla melawat blog Mat Gebu ye.
Sunday, February 13, 2011
Meeting Jason the American...
Today all the English teachers met with Jason Hamilton. He is the native speaker who is assigned to help the English teachers in my school. If I'm not mistaken he's from South Virginia. When we heard that he's coming to meet all of us, we were a bit nervous but after we met him actually he was very friendly and polite. He mentioned that his focus is only for level 1. I'm quite relief because I'm teaching level 2. Although he's going to observe the teachers but it is not a formal observation. Hopefully this gentleman can assist us towards success in English. He did mentioned that our English is quite good. Well ...glad to hear that. He wants us to teach him Bahasa Melayu. One day I will upload his picture.
Wednesday, February 2, 2011
Letihla...
Assalamualaikum....
Hari ni dh masuk 5 hari bercuti ada lg 4 hari. Nama je cuti tp kerja tetap ada. Anak yg sulung bersekolah petang, so kenala memasak utk dia dan suami yg juga masih bekerja. Kerja bila dh terlampau banyak sampai dah tk tau nak sentuh yg mana satu dulu. Kerja rumah pastu kerja sekolah lg.Tension? Memangla tp nk buat macam mana dh tugas. Dalam keadaan macam ni nk update blog pn tkde mood. Rasa tak puas hati je. Hopefully semuanya akan berjln lancar. Amin.

Friday, January 21, 2011
Monday, January 17, 2011
Bihun goreng dgn meatball
Resepi ni biasa2 aje. Semua org boleh buat. So takyah letak resepila ye....hehehe. Goreng bihun macam biasa cuma tak letak cili...buat kosong je. Lepas tu buat sambal meatball tu. Rasionalnya ialah anak2 yg tak suka pedas, makan jela bihun tu. Pada mak bapaknya yg suka pedas, tambahla sambal meatball tu. Ni sebenarnya saje nak memenuhkan entry la ni.
Saturday, January 15, 2011
Tiba masanya kita perlu muhasabah diri.
Seringkali dlm hidup kita ini, kita diduga dgn pelbagai dugaan dan cabaran. Dugaan2 yg mendatangi kita adakalanya membuatkan kita rasa rapuh dan akan berderai pada bila2 masa saja. Allah uji kita demi utk melihat sejauh mana kesabaran dan utk mendekatkan diri padaNya. Setiap kesabaran itu Allah akan balas dgn ganjaran InshaAllah.
Tujuan entry ini sekadar nasihat utk diri sendiri dan orang yg ku kasihi. Tiada langsung niat utk mengutuk atau mengeji sesiapa. Seumur hidup kita akan terus bertemu dgn orang yg terus2an menyakiti hati kita. Kalau kita tak sabar tentulah dendam bertempat di hati kita. Tetapi percayalah suatu hari nanti cepat atau lambat, orang tersebut akan menerima balasannya. Sebagai manusia saya rasa tak patut pula kita bertepuk tangan apabila musibah menimpa pada orang yg kita benci itu. Saya rasa pada ketika ini eloklah kita berdoa semoga semuanya akan berakhir dengan baik. Terlebih lagi kalau itu adalah ahli keluarga kita sendiri. Sebelum terlambat elok sekiranya kita mohon maaf dan memaafkan atas segala kesalahan. Jangan terlalu yakin yg kita tak pernah melakukan kesalahan pada orang lain. Kita pun tentu mahu orang itu memaafkan kita.
Tiada gunanya lagi mengungkit kisah duka yg hanya akan menambah luka di hati.Tiba masa utk melaksanakan tanggungjawab. Ungkitan dan menyalahkan satu sama lain tidak akan berkesudahan. Kalau sudah tiada perasaan kasih, lakukanlah kerana Allah. Inginku tegaskan sekali lagi entry ini bukan bermaksud aku sempurna tetapi sebagai ingatan utk diri sendiri juga. Semoga Allah mengampunkan kita semua atas keterlanjuran dan kebiadapan kita selama ini. Amin.

Wednesday, January 12, 2011
Miss turtle kena pakai diaper...
Two turtles are ready to wear diapers. Dok dendiam ye turtles.
Mula2 bentang elok2 pastu letak turtle atas diaper ye tuan2 dan puan2.
Alaaah! Leceh juga ek....
Takpee...try again...
Tadaaa....hehehe dah syiap puan.
Aku: Jahanam diapers......aduuuuuh!!!!
Mula2 bentang elok2 pastu letak turtle atas diaper ye tuan2 dan puan2.
Alaaah! Leceh juga ek....
Takpee...try again...
Tadaaa....hehehe dah syiap puan.
Aku: Jahanam diapers......aduuuuuh!!!!
Wednesday, January 5, 2011
Memang susah atau sengaja menyusahkan diri.......
Tahun 2011 ni bermulala lembaran baru dlm hidup kami suami isteri. Anak sulung Siti Balqis Tihani memasuki alam persekolahan. Dia baru Tahun 1. Penatnya menguruskan dia sorang...tk terkata. Pagi2 siapkan dia dan pergi ke sklh dgn saya. Pukul 10.10pg temankan dia makan sbb dia tk pandai nk membeli sgt. Tghhari pukul 1.00ptg turun dr tingkt atas ambk beg pakaian dn beg sklh ngaji tkr dgn beg sklh kebangsaan. Disuruh ambk sndiri... lmbt sgt so saya jg kena ambikkan.Hari ni dh tertukar beg sklh ngaji dgn beg sklh kebangsaan. Nasib baik blh kirim kt kwn yg baru nk hntr anknya.Dah pastikan dia slamat baru saya sambung bertugas. Itu pun bkn blh buat slalu kalau free time tu blhla. Hari pertama kelam kabut jg mujur cikgu taskanya prihatin. Cikgunya dok mencari bdk rambut curly tp tk jmpa. Mana nk jmpa sbb dia pakai tudung...hehe. Nsb baik cikgu tu tunggu jg. Sbnrnya saya transitkan anak sbb sng tk payahla susah2 nk hntr ke sklh ngaji.
Selesai tugas saya walaupun sbnrnya tugasan tk pernah berkesudahan, saya berkejar plk ke bank utk urusan kewangan sklh. Lepas tu saya dan suami jenguk anak di sklh ngaji plk nk pastikan dia makan atau tidak. Temankan dia skjp lepas tu balik rumah. Masa tu dh pukul 4 lebih. Rehat skjp pukul 5.30 ambk yg kecik plk. Pukul 6 ambk kakak yg habis sklh ngaji. Time2 mcm ni dapur berasap utk msk air jela....hehehe. Lepas mkn mlm hntr anak mengaji quran di rumah jiran pukul 7.45. 8.30 mlm ambk blk. Begitulah seterusnya rutin saya dan suami setiap hari ataupn sekurang2nya utk minggu ini.
Kami tidak berniat utk temankan dia selama2nya cuma nk pastikan dia dh selesa dan biasa dgn persekitaran sklh. Lepas ni pandai2 diala bawa diri. Tapi urusan hntr dn ambk rsnya sy dn suami mesti brtanggungjawab sbb maklumla zaman skrng ni banyak bahayanya. Senarai tugas ni belum masuk lg urusan pmbayaran yuran utk 2 buah sklh, beli buku, balut buku, tuli nama kt buku, basuh baju sklh dan gosok baju sklh. Tuisyen pn tk hntr lg. Kalau si kecik tu memerap lg haru. Nk tulis n3 pn curi2 ms. Susah? Memang susah tp krn kasihkan anak kami buat jg demi utk memberi yg terbaik pada dia. Saya teringat kata2 ibu saudara yg saya panggil Maktam. "Aku tak reti cara hangpa jaga anak...susah sungguh. Zaman aku dulu masa depa ni kecik2 aku bedung dgn kain batik ja lepaih tu teruih lena. Tak gaduh susah nk jaga. Dh besaq sikit letak dlm raga beskal lepaih tu aku pila bejuai(Maktam jual kuih-muih). Ini aku tgk dh basuh botoi susu ada plk tmpt letak dia.(bekas steril botol susu) Macam2 aaaiih....". Hahaha...klkrla Maktam ku ini.
Masa kita kecik2 dulu org dewasa plk ckp kita hidup senang tk mcm diaorg. Yela dulu2 kan org pi sklh jln kaki je. Pakai kasut getah je ke sklh. Ada yg tk ke sklh pn ramai jg. Tp kan seingat sayala arwah mak takdela teruk sgt nk menguruskan sbb dulu sklh kebangsaan je. Blk sklh ngaji dgn mak lps tu waktu ptg main dgn kawan2. Tuisyen pn tkde...hehehe. Bkn niat nk memanjakan anak. Lg pn ini sementara aje. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Amin.

Subscribe to:
Posts (Atom)