BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Total Pageviews

Tuesday, December 21, 2010

Siakap kukus

Sorila rupa carrot tu tk brapa cantik sbb berebut dgn anak yg umr 2thn, Delisya. Bkn berebut apa cuma dia punyala mengacau so buat keje kenala cpt2...hehe. Siakap nih aku buat simple dan tk pds sesuai utk ank2 mkn.Disebabkan tapis kukusku telah rongak maka aku leburkan semua dl kuali dgn 1-2 mangkuk air. So ia berkuahla skt....hehehe. Tp kalau nk try kenala tutup kuali tu ye. Kalu tk...nnt jd asam rebus plk...hmmm...yeke gitu?

Bahan2
1. 1 ekor ikan siakap - bersihkan dgn limau kasturi dan garam
2. 1 ulas bawang besar - potong 8
3. 3 ulas bawang putih - diketuk
4. 2 batang serai - dipotong
5. 2 inc. lengkuas (opt.) -dihiris lebar
6. 2 inc. halia - dihiris lebar
7. 3 keping asam keping
8. 1/2 batang carrot dihiris panjang
9. Sedikit cendawan tiram - disiat
10. 1 biji tomato - dipotong 4
11. 1 sudu bsr lada hitam*
12. 2 sudu sos tiram* (opt.)
13. Garam*


Cara2
* Lumur bahan bertanda * pada ikan.
* Masukkan semua bahan kecuali tomato dan kukus sehingga ikan masak.
* Perasakan asam garam dan masukkan tomato.
* Hidangkan dgn taburan bawang goreng. Boleh jg ditabur hirisan daun sup dan daun bawang.
* Jika suka pedas ketuk beberapa biji cili api dan masukkan semasa mengukus ikan.




Ini kawan2 ikan siakap kukus tadi. Cili kicap n ikan terubuk masin dr Sarawak.

No comments: