BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Total Pageviews

Monday, December 27, 2010

Sotong kunyit

Lauk yg simple tp inila kesukaan suamiku....hehehe.

Bahan2
1. 50g sotong dibersihkan dan dipotong - letak garam dan kunyit
2. 3 ulas bawang merah - dihiris
3. 2 ulas bawang putih - dihiris
4. 5 biji cili api - diketuk
5.11/2 inch. halia - dihiris
6. Sepaket cendawan tiram - disiat
7. 1 biji kentang - potong baji
8. 1/2 biji carrot potong panjang
9. 1 sudu sos tiram
10. Garam secukup rasa.

Cara2
* Tumis bahan hiris  dan cili api hingga agak layu.
* Masukkan kentang dan biarkan sehingga empuk/ boleh jg digoreng dulu
*Masukkan carrot diikuti dgn cendawan.
* Masukkan sotong dan sos tiram.
* Biar seketika hingga air sotong kering sedikit dan bolehla masukkan garam tp pastikan tk terlalu byk sbb sotong td dh digaramkan dan jg sos tiram dh rs masin. Kalau dh tknk letak pn tkpe...hehe

Sunday, December 26, 2010

500 BLOG!!



 Assalamualaikum...Actually kan sy masih sgt2 br dlm dunia blog ni walaupn hasratnya dh lama...hehe. Biasala kekangan masa sbb sy jg bekerja. Ini blog ke2 dan blog yg first tu dh berkubur sbb tk ingt password dan tertangguh hmpr setahun.
         Tujuan sy berblog adalah krn blog ni umpama diary yg boleh kita catatkan luahan perasaan dan pemikiran. Selain itu ia boleh jg jd satu kenangan utk anak cucu. Di samping itu sy boleh berkongsi pengalaman tentang pelbagai perkara dan secara tk langsung boleh menambah kenalan. Wassalam.
         Sekiranya anda berminat dgn pencarian 500 blog ini blhla lihat di sini. Tq Encik Ben.

http://madamjblog.blogspot.com

Wednesday, December 22, 2010

Hobi yg memberangsangkan jiwa......


Fauziah Ashari.....author yg sgt aku kagumi idea penulisannya. Boleh kata biggest fan la jg. Tp sayangnya koleksi novel beliau tk byk sgt. Mungkin nk jg kualiti kot. Novel beliau sentiasa  aku tunggu2...boleh hanyut lps baca...hahaha.

Minat membaca novel ni sbnrnya dh lama dr sklh rendah lg. Ms tu pilihan novel tentang penyiasatan dan cerita kanak2 je. Itu pn dipinjam drp library sklh. Kemudian bila dh remaja skt, aku baca novel yg dipnjm drp kawan2 plk. Ms tu ada jg novel2 yg aku baca tu novel berat maksudnya karya sastera dan ditulis pd zmn mngkin 60an atau 70an. Lps tu ms umr dlm awal 20an ada jg beli 2 3 novel dgn duit elaun. Yg paling dikesalkan ialah ada 1 novel karya hebat saterawan negara kita, A Samad Said, Salina hilang ditangan org. Sampai skrg aku msh mncari novel ini utk dibeli tp tk jmpa. Hobi ini hilang seketika krn kesuntukan masa. Koleksi2 yg ada ini bermula semasa aku disahkan mengandung anak sulung pd 2004. Puncanya aku jd tk suka tgk tv so inila penghibur aku pd masa itu. Sampaikan jd satu obsesi plk....hehehe.Aku katakan ini hobi yg memberangsangkan jiwa adalah krn jln cerita dan watak2 dlm novel2 tu boleh menyedarkan kita tentang kehidupan kita sendiri. Banyak kata2 motivasi yg akan membuatkan kita rs nk jd lebih baik. Masa baca novel, aku suka sgt kalau suami ada di sebelah...hahaha...mcm menjiwai sgt2la kan. Hobi ini aku kongsikan dgn ipar duai  dan teman karib yg jg minat membaca novel. Bertukar2 novel dh jd biasa pd kami.

 
 Yg ni plk can do laa....hehehe. Novelist Damya Hanna tu pn boleh tahan best jg.

 
 Norhayati Berahim....novelist yg penuh dgn info..Aku tertanya2 mcm mana beliau boleh dapat begitu byk info dan sgt detail. Mesti buat research ni.

Novel Inggeris...ada 2 je sbb selalunya niat nk beli terbantut sbb hrganya mahal sampai RM30 ke atas. Kalau murah skt pn tk berkualiti plk. Author yg paling aku minat ialah Judith McNaught. Novel dia memang best. Yg 2 lg novel tu ialah novel bkn genre cinta. Kagum dg ceritanya yg lain drp yg lain. Memang best sgt dan gaya penulisan pn lain.



Aisya Sofea...novelist ke2 pilihanku slps Fauziah Ashari. Boleh membuai perasaan....hehehe. Beliau byk keluarkan novel sbb tu ada byk koleksi tu.
Ini koleksi selama beberapa thn kebelakangan ni. Aku takdela kerap sgt beli novel sbb jaga budget dan jg masa yg terhad nk baca. Lg pn membaca perlukan privacy. Skrg ni memang tkde privacyla dgn adanya si kecik tu...hehehe. So ada yg nk share hobi korang plk? Silakan....

Tuesday, December 21, 2010

Siakap kukus

Sorila rupa carrot tu tk brapa cantik sbb berebut dgn anak yg umr 2thn, Delisya. Bkn berebut apa cuma dia punyala mengacau so buat keje kenala cpt2...hehe. Siakap nih aku buat simple dan tk pds sesuai utk ank2 mkn.Disebabkan tapis kukusku telah rongak maka aku leburkan semua dl kuali dgn 1-2 mangkuk air. So ia berkuahla skt....hehehe. Tp kalau nk try kenala tutup kuali tu ye. Kalu tk...nnt jd asam rebus plk...hmmm...yeke gitu?

Bahan2
1. 1 ekor ikan siakap - bersihkan dgn limau kasturi dan garam
2. 1 ulas bawang besar - potong 8
3. 3 ulas bawang putih - diketuk
4. 2 batang serai - dipotong
5. 2 inc. lengkuas (opt.) -dihiris lebar
6. 2 inc. halia - dihiris lebar
7. 3 keping asam keping
8. 1/2 batang carrot dihiris panjang
9. Sedikit cendawan tiram - disiat
10. 1 biji tomato - dipotong 4
11. 1 sudu bsr lada hitam*
12. 2 sudu sos tiram* (opt.)
13. Garam*


Cara2
* Lumur bahan bertanda * pada ikan.
* Masukkan semua bahan kecuali tomato dan kukus sehingga ikan masak.
* Perasakan asam garam dan masukkan tomato.
* Hidangkan dgn taburan bawang goreng. Boleh jg ditabur hirisan daun sup dan daun bawang.
* Jika suka pedas ketuk beberapa biji cili api dan masukkan semasa mengukus ikan.




Ini kawan2 ikan siakap kukus tadi. Cili kicap n ikan terubuk masin dr Sarawak.

Sunday, December 19, 2010

Apa isu Mastika Jan 2011?

Aku dah melanggan Mastika ni hmpr 10 thn dah. Isu2 yg dibangkitkan memang menarik dan jg boleh mendatangkan keinsafan kpd kita. So apa isu kali ni? Korang pi beli Mastika dulu pastu buka mukasurat 98-102. Lps baca meh kita bincang kt sini. Soalannya ialah korang sanggup tk buat spt yg org2 Melayu ni buat. Kalau tk sanggup beri sbb kenapa. Ok....hehehe ada yg marah ni krg. Ajak org berbincang mcm la traffik bagus ye....hahaha.

Masak lemak cili api udang dgn pucuk paku

Dh brapa hr tk blh online disebbkn line tk clear. Mlm ni br blh walaupn agak slow. Sbnrnya sayur ni aku panggil pucuk paku je walaupn rupa bntuknya lain skt drp pucuk paku biasa. Ms beli di psr mlm hr tu aku ada tanya mkcik yg jual tu tp tk brapa jelas sebutannya. Yg kudengar mcm dia sebut kelulut....ish enthla...Kalau ada sesiapa yg tahu blhla share ye...hehe


Bahan2
*Seikat pucuk paku - potong bhgn lembut shj.
*100 g udang sederhana bsr - bersihkan dan buang urat hitam di bhgn blkng.
*2 cawan santan cair
*1 cawan pati santan
*5-7 biji cili api (jenis & jmlah cili api ikut suka)
*3 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 batang serai dititik
*Sedikit serbuk kunyit/1 inc. kunyit hidup
*2 asam keping

Cara2
1. Bawang merah, bawang putih dan cili api ditumbuk lumat.
2. Masukkan bhn tumbuk ke dlm periuk dan masukkan sedikit air ke dlm lesung tadi.
3. Campurkan air tersebut dgn bhn tumbuk dan didihkan sehingga kering sedikit airnya.
4. Masukkan serai, santan cair, asam keping, kunyit dan pucuk paku. Kacau spy tak pecah minyak
    dan pastikan api perlahan.
5. Masukkan udang. Seperti biasa udang jgn msk terlalu lama.
    Bila kulit udang dh tukr warna merah tandanya ia sdh msk.
6. Masukkan garam secukup rs dan diikuti dgn pati santan.
7. Masak utk seketika jgn lupa kacau slalu dan blhla diangkat.


Sengaja je msk lemak cili api tu aku letak sikit je cili sbb nk kawankan dgn sambal kuinin ni. Hmm...ada yg tak tau ek apa itu kuinin. Ala...rpnya mcm bacang/macang tp bau dan rs berbeza. Ini pemberian kakak ipar. Di belakang rmhnya ada pokok ni dan buahnya byk plk kali ni. So rezeki kami sekeluarga. Sampai boleh jamu kenduri anaknya berkhatan. Jiran dpn rmh dan pengasuh anakku pn merasala...hehehe. Tq Chik. Bkn apa buah ni memang susah nk jmpa di psr biasa. Di kampung2 mungkin ada tp jarangla.

Bahan2
*2-3 biji cili merah
*3-5 biji cili api
*2 inc. belacan
*Sedikit garam
*Buah kuinin dikupas dan diracik

Cara2
1. Tumbuk semua bahan kecuali kuinin sehingga lumat.
2. Masukkan kuinin dan ditumbuk atau dilenyek2 sedikit dan bolehla dihidang.

*Petua drp ibu saudaraku kalau nk tumbuk cili api biarla dgn tangkainya skali utk mengelak sakit perut.
*Satu lg petua yg aku baca ialah pastikan jumlah cili dlm bilangan ganjil spy sambal jd sedap. Sejauh
mana kebenarnnya....kenala cuba sendiri...hehe.

Thursday, December 16, 2010

Sotong sambal (cili tumbuk)

Sebenarnya hari ni kebetulan plk takde elektrik so kena msk cara manual. Ms dok asyik menumbuk cili ni bau dia mengingatkan daku pd zmn kecik2 dulu. Yela dulu mana ada blender kan. Tp arwah mak guna batu giling. Bau cili tumbuk tu samala. Ms tumis memang wangi je aromanya. Rasanya? Emmh...ada beza sikit drp cili yg diblend. Ini lebih mkn tghri td...hehehe. Tinngl 2 ekor je.



Bahan2
*5-6 ekor sotong sederhana bsr
*10-15 cili kering dihiris dan direndam dgn air pns
*4 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1/4 cwn air asam jawa
*Sedikit belacan
*Garam dan gula secukup rasa

Cara2
1. Sotong dibersihkan dan kalau suka boleh jg dipotong
2. Cili kering ditumbuk lumat bersama dgn bawang merah, bawang putih dan belacan.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga naik bau.
4. Apabila agak garing, masukkan 2 cawan air dan biarkan sehingga cili betul2 msk.
5. Masukkan sotong masak seketika tp jgn terlalu lama krn sotong akn jd liat.
6. Perasakan asam garam dan bolehla diangkat.

* Jangan masukkan air terlalu banyak sbb sotong tu akan mengeluarkan airnya.

Tuesday, December 14, 2010

Kenapa awek ni terperanjat? | borak kosong

Kenapa awek ni terperanjat? | borak kosong

Bread pudding with lychee

 I came  across this recipe when I was blog walking yesterday. Tq Kak Umi (Home Sweet Home) for sharing. You can also check out the recipe here.

  
My dear friend Miss Suzy. Tq for coming n tasting.

Ingredients :
A
* 450g bread
* 1 can of creamer
*1 can of plain water (use the can to measure)
*1 can of lychee
*2 eggs
*1tsp vanilla essence(opt.)
*1/2 cup of icing sugar ( I used brown sugar)
*1tbs corn flour

B
Caramel Sauce

*1 cup of brown sugar
*1/2 cup of plain water
Boil until thicken 

Method :
1. Tear the bread and the lychee into small pieces.
2. Put all the liquid ingredients into a bowl.
3. Mix them well.
4. Soak for 1 hour.
5. Heat the oven to 180 C.
6. Grease the baking tin/casserole with butter.
                                                           6. Bake for 1 hour.
7. Serve with caramel sauce.



Monday, December 13, 2010

Sunday, December 12, 2010

Cucur tauhu/cucoq tokua





Resepi:
1. 3 cawan tepung gandum
2. 3 keping tauhu/tokua diramas tp jgn 
   hancur sgt
3. 3 ulas bawang merah didadu kecil
4. Segenggam ikan bilis halus diramas
   (sy guna ikan bilis mata biru)
5. Sedikit daun bawang dan daun sup
6. Garam dan kunyit
7. Minyak untuk menggoreng


Cara membuatnya:

1. Masukkan semua bahan ke dlm sebuah bekas.
2. Bancuh dgn air secukupnya agak2 jgn terlalu cair
    atau terlalu likat.
3. Cedok sdkt2 dgn sudu atau boleh jg guna tgn.
4. Goreng dlm minyak yg panas sehingga garing atau kekuningan dan bolehla diangkat.
5. Cicah dgn sos cili Thai.


* Cucur ni kalau bubuh tauhu memang sdp. Cucur akan jd garing di luar tp lembut di dlm. Selamat mencuba.

Sup tulang dan air asam

Sup tulang
1. Tulang lembu 1kg
2. Rempah sup tulang (boleh jg guna rempah sup biasa)
3. Bawang merah 3 ulas *
4. Bawang putih 2 ulas*
5. Halia 2 inc.*
6. Kentang 2 biji dibelah 4
7. Carrot 2 biji dipotong baji
8. Bawang goreng
9. Daun sup dan daun bawang dihiris
10. Garam secukup rasa

Cara membuatnya :
1. Rebus tulang dgn air secukupnya selama lebih kurang 1 jam atau sehingga daging empuk. Tambah air
    jika perlu.
2. Bahan bertanda ditumbuk separuh halus dan separuh kasar kemudian ditumis berasingan. Agak2 layu
    dan wangi bolehla dimasukkan ke dalam sup tadi.
3. Masukkan kentang dan carrot.
4. Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
5. Perasakan garam dan bolehla dihidang.

* Jangan letak garam selagi kentang belum empuk krn kentang akan meresap rs garam.
* Bawang goreng, daun sup dan daun bawang boleh diletak awal semasa merebus tulang bg menambah
   keenakan sup. Selebihnya bolehla dibuat hiasan.


Air asam

1. Cili api dan cili merah dihiris (bilangan ikut suka)
2. Tomato sebiji dihiris nipis
3. Bawang merah 2 ulas dihiris nipis
4. Belacan 2 inc.
5. Air asam jawa
6. Kerisik 1 sudu bsr
7. Asam jawa dibancuh dgn sedikit air suam.

Semua bahan dicampur dan digaul rata.

Saturday, December 11, 2010

MAHA 2010

Add caption




Baru2 ni brkesempatan utk pergi ke MAHA di UPM Serdang. Seronok jg sbb mcm2 jenis makanan dijual. Ada jg alat pertanian, tanaman dan segala macam perihal pertanian. Jubah dr Arab pn ada. Yg tk bestnya sbb tk sempat nk tgk semua...hehehe.

Thursday, December 9, 2010

Clouds hanging by....







Masa aku remaja dulu, aku suka sgt melihat awan. Aku akn berbaring atas katil di tepi tingkap dan merenung awan yg bergerak perlahan. Rasa damai je bila melihat awan yg berkepul2. Rasa cantik sgt awan tu. Rasa geram je nk pegang. Subhanallah ajaib sungguh ciptaan Tuhan. Susah hati kalau tk nampak awan especially masa jerebu.

Teka yg mana satu diriku...

Ada org yg tgk gmbr ni dia ingt ini gmbr anak I tp sbnrnya ini gmbr I ms tadika dulu...hehehe.